Seorang pekerja KLIA terkejut apabila menjumpai tengkorak & rangka seorang wanita yang tergantung di pokok pintu masuk pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
SEPANG – Mengejutkan apabila rangka milik seorang wanita ditemui tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Rangka wanita yang sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu itu ditemui seorang pekerja landskap, kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda hentakan atau kecederaan pada tengkorak mangsa.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.
“Tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah,” katanya.
Menuruntya, pasport milik warga China, kad kredit dan sejumlah mata wang asing turut ditemui berhampiran mangsa.
“Polis turut menemui tali sabut yang dipercayai digunakan untuk menggantung diri,” katanya.
Imran berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan penuh bedah siasat diperoleh.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan rangka tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – Sinar Harian
Google Catcha!- hindustan porn budak sekolah (3)
- berita artis malaysia2013 (2)
- baju tengkorak import (1)
- viduo bedah siasat orang mati (1)
- tengkorak klia (1)
- perempuan mati di klia (1)
- mati di masja (1)
- buka video lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (1)
- bas sepang klia (1)
- wanita mati di KLIA (1)
Kategori: Isu Semasa | Maut






{ 0 comments… add one now }