Somyot Pruksakasemsuk, seorang aktivis politik di negara Thailand dipenjara 10 tahun apabila didapati menghina raja negara itu, Bhumibol Adulyadej dalam dua artikel beliau di sebuah majalah Voice of Thaksin.
BANGKOK – Sebuah mahkamah Thailand mengenakan hukuman penjara 10 tahun ke atas aktivis politik selepas didapati menghina raja negara itu, Bhumibol Adulyadej – satu keputusan dianggap kumpulan hak asasi manusia sebagai tekanan terbaru terhadap kebebasan bersuara.
Mahkamah jenayah memutuskan Somyot Pruksakasemsuk telah melanggar undang-undang apabila sebuah majalah Voice of Thaksin, yang dia menyunting, telah menerbitkan dua artikel menyindir Raja Bhumibol.
Somyot, yang tiba di mahkamah berkaki ayam berhasrat untuk membuat rayuan terhadap, kata peguamnya, Karom Polpornklang.
“Keputusan yang serius menjejaskan hak untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
“Pada masa yang sama, ia boleh menjejaskan imej Thailand sebagai masyarakat yang bebas dan demokratik,” kata Kesatuan Eropah dalam satu kenyataan,” katanya lagi.
Sebelum penahanannya bermula pada April 2011, Somyot telah berkempen untuk meminda undang-undang negara Thai.
Beliau mengemukakan satu petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan Thailand ketika dia berada di penjara, berhujah undang-undang yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia membenarkan hukuman tidak seimbang. – Sinar Harian
Google Catcha!- berita semasa dunia (3)
- cartoon dipenjara (2)
- berita panas orang politik malaysia (1)
- porn politik (1)
- www myberitasemasa com politik (1)






{ 0 comments… add one now }