Punca Isteri Dibelasah Suami Dalam Lif

15/08/2013

Seorang wanita iaitu mangsa (isteri) yang dibelasah teruk oleh suaminya di dalam lif telah mendedahkan punca sebenar kejadian dan punca mengapa beliau dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan anak-anaknya di dalam sebuah lif di hospital swasta.


(Gambar mangsa semasa memberi keterangan kepada media masa)

#BERITA PENUH

Bukit Mertajam: “Saya sudah tawar hati sebab itu tidak menangis ketika dipukul,” kata wanita yang menjadi mangsa belasahan suaminya ketika mereka berada dalam lif sebuah hospital swasta, di sini, yang rakaman kejadian itu tersebar di Facebook dan YouTube.

Wanita yang enggan dikenali berusia 36 tahun itu juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya kerana bertindak keterlaluan dengan memukul serta menendangnya.


(Gambar mangsa menunjukkan rakaman CCTV)

Menceritakan kejadian pada Isnin lalu, wanita itu berkata, dia serta dua anaknya berusia empat dan lima tahun mahu pulang selepas melawat anak sulung berusia sembilan tahun yang dirawat di hospital terbabit kerana demam panas.

“Kebetulan saya bertemu suami yang turut melawat anak sulung, tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak supaya mengikutnya.

“Bagaimanapun, anak perempuan kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami berang lalu memukulnya,” katanya ketika ditemui semalam.

- Harian Metro

Carian Anda!

Kategori: Gambar | Isu Semasa


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK