Perodua Keluarkan Kereta Terbaru Ganti Perodua Viva Tahun 2014

29/08/2013

Isu mengenai kereta Perodua Viva yang akan digantikan dengan model terbaru sebelum ini ternyata benar apabila Presiden Perodua memberitahu produk terbaru itu antara yang termurah dan bakal mengganti model Peroda Viva. (Gambar hiasan dari A-Concept Daihatsu)

#BERITA PENUH

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengeluarkan model baru menjelang suku ketiga tahun depan dan dijangka mencipta pasaran baharu, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata, Perodua akan terus menekankan dan melabur untuk meningkatkan kualiti, kos dan penghantaran model baru itu dan menjangka menjualnya pada harga yang paling mampu dimiliki.

“Sama ada ia akan menjadi yang paling murah di pasaran, bergantung kepada masa, tetapi kami pasti akan mengeluarkan model yang paling cekap dari segi bahan api di kalangan model-model kami dan harganya sama dengan model termurah kami atau lebih rendah,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perodua di sini, Rabu.

Model asas Viva yang berada di pasaran kini berharga RM24,900 atas jalan raya.

Aminar Rashid berkata, Perodua telah menyelesaikan kajian daya maju untukmengeluarkan kereta kompak sedan.

“Kami akan terus mengeluarkan kereta kompak dan memanfaatkan kekuatan kami sebagai pembuat kereta kompak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pembeli yang berminat dengan model baru itu boleh melihatnya di Pameran Motor Kuala Lumpur 2013 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15-24 November, 2013. – BERNAMA

Carian Anda!

Kategori: Informasi | Isu Semasa


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 1 comment… read it below or add one }

magrate May 22, 2014 at 6:52 pm

teringin mahu oder kerita perodua baru bagaimana oder?… call 0182951514
bila kah kerita perodua itu dipermosikan…..

Reply

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK