Permainan Bomoh Mencari MH370 Di Play Store

14/03/2014

Susulan isu Bomoh yang kononnya membantu mencari pesawat MH370 yang hilang tempoh hari dengan melakukan ritual di KLIA menerima banyak cemuhan dan diperlekeh oleh ramai individu, dan tidak ketinggalan sebuah aplikasi permainan yang diterbitkan di Google Play Store khas untuk pengguna gajet Android.

Di sebalik kekecohan aktiviti perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, timbul pula aplikasi game yang dinamakan Bomoh diterbitkan semalam.

Game yang hanya boleh diakses melalui platform Android itu memerlukan pemain mencari pesawat yang hilang dengan cabaran musuh bernama ‘Black Garuda’.

Individu yang bermain berlakon seakan bomoh yang terbang dengan karpet sakti dengan hanya membawa ‘senjata’ seperti air suci, kelapa dan kayu.

Pemain perlu mencari pesawat yang tersembunyi di dua kawasan iaitu udara dan darat bagi mendapatkan markah untuk peringkat seterusnya. Pemenang akan dikira dengan jumlah pesawat yang dijumpai. – Harian Metro

Carian Anda!


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK