Pegawai Bank Maut Ditembak Pengawal Keselamatan Dalam Rompakan

24/10/2013

Seorang pegawai bank wanita ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank dengan menggunakan senjata pum gun dalam satu rompakan di dalam bilik kebal simpanan wang bank tersebut.

#BERITA PENUH

SUBANG JAYA: “Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian,” kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.


(Gambar suspek pembunuhan pegawai bank, Ardi Hamza)

“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

“Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

- Harian Metro

KLIK UNTUK TONTON VIDEO PEGAWAI BANK DITEMBAK MATI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN

#UPDATE : Berita mengenai Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Ardi Hamza berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah  ditahan di LCCT Kuala Lumpur semasa untuk mendapatkan tiket kapal terbang ke Sabah adalah tidak benar dan suspek pembunuhan ini masih diburu oleh pihak Polis.

Carian Anda!

Kategori: Bangang | Bunuh | Maut | Video


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK