Mayat Lelaki Dijumpai Mulut, Mata, Tangan & Kaki Diikat Kain Di Tangga

23/07/2013

Sangat kejam apabila mayat seorang lelaki yang dijumpai mati dalam keadaan mulut, mata, tangan dan kakinya diikat di tangga dalam kebun buah-buahan yang identiti mangsa tidak diketahui sama ada warga tempatan atau warga asing.

#BERITA PENUH

KANGAR: Seorang lelaki ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat pada tangga yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di sebuah kebun buah-buahan di Padang Siding dekat sini, Selasa.

Mayat lelaki berusia lingkungan 20-an itu yang bahagian matanya turut ditutup dengan ikatan kain ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis.


(Gambar polis forensik memeriksa keadaan mayat)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Superintenden Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, lokasi kejadian hanya kira-kira 20 meter dari jalan raya utama dan punca kematian sedang disiasat.

“Tiada sebarang kesan luka pada mayat mangsa. Identiti mangsa belum diketahui dan tidak dapat diketahui sama ada mangsa itu warga tempatan atau rakyat asing,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


(Gambar mangsa yang diikat mata, mulut, tangan dan kaki di sebatang pokok manggis)

Menurutnya siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan punca kejadian. – BERNAMA

Carian Anda!

Kategori: Bunuh | Gambar | Maut | Ngeri


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK