Isteri Disimbah Cuka Getah, Curang Bersama Lelaki Afrika

11/07/2013

Seorang isteri disimbah dengan cuka getah ke seluruh badan termasuk muka oleh suaminya kerana curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki Afrika sejak 2007 lagi menyebabkan suaminya hilang sabar. (Gambar mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak)

#BERITA PENUH

KUCHING – Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.

Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.

Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.

“Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.

“Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,” katanya ketika ditemui di HUS. – Kosmo!

Carian Anda!

Kategori: Bangang | Isu Semasa | Kes Dera | Ngeri


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK