Datuk Sosilawati Masih Hidup? Saksi Lihat Wanita Mirip Sosilawati

15/01/2013

Kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lajiwa dikejutkan apabila seorang saksi mendakwa mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip mangsa di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting.

#BERITA PENUH

SHAH ALAM – Seorang bekas pekerja mengaku ada melihat seorang wanita berambut pendek mirip jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting, selepas lapan hari wanita itu dipercayai dibunuh.

R Kathavarayan berkata, perkara itu dimaklumlan oleh N Pathmanabhan kepadanya selepas bekas majikan itu selesai sesi perjumpaan bersama beberapa rakannya pada petang 7 September 2010.

“Saya tanya kepada Pathma mengenai wanita yang saya lihat di restoran itu dan Pathma beritahu perempuan berambut pendek itu adalah wanita yang sama pernah datang ke ladang tempoh hari,” katanya.

Kathavarayan berkata dia melihat kelibat wanita berkenaan bersama seorang lelaki setelah mereka beredar dari tempat tersebut.

“Saya lihat wanita itu bersama seorang lelaki dan kedua-duanya beredar dari restoran itu dengan menaiki sebuah kereta seperti Jeep,” katanya.

Ketika merujuk pada gambar Sosilawati, Kathavarayan berkata wanita itu yang dilihatnya di restoran berkenaan.

“Namun rambut wanita itu telah dipotong pendek. Saya juga tidak pasti sama ada rambut dia diwarnakan atau tidak.

“Pakaian dia seperti biasa tidak memakai kot manakala lelaki yang menemaninya memakai kemeja lengan panjang,” katanya. – Sinar Harian

Carian Anda!

Kategori: Bunuh | Isu Semasa


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 1 comment… read it below or add one }

yyahyaya January 15, 2013 at 10:12 pm

anak dia kut

Reply

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK