Cikgu Kena Tembak Parah Di Leher Sempat Minta Tolong

06/07/2013

Seorang cikgu ditembak di leher sempat meminta bantuan daripada orang kampung yang dipercayai ditembak di tempat lain selepas ditemui berhampiran sebuah bangsal.

#BERITA PENUH

Pasir Mas: Penduduk Kampung Kubang Panjang, di sini, gempar apabila menemui seorang guru di sebuah bangsal dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang Bunut, di sini, dikatakan berhenti berhampiran sebuah bangsal akibat kehabisan minyak.

Mangsa dikatakan duduk di bangsal berkenaan sambil meminta tolong selepas dipercayai ditembak di tempat lain sebelum memandu keretanya itu.

Mangsa yang cedera parah di leher kiri kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang penduduk kampung sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

MANGSA sempat memandu kereta sebelum berhenti berhampiran sebuah bangsal.

Penduduk kampung, Jaharah Abu Bakar, 58, berkata, dia melihat ramai penduduk kampung berkumpul di bangsal berkenaan selain kehadiran polis. – Harian Metro

Carian Anda!

Kategori: Isu Semasa


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK