21 January 2013

Budak Maut Otak Bersepai Digilis Tayar Treler Bapa

Kemalangan melibatkan sebuah treler yang dipandu oleh bapa kepada budak lelaki yang menjadi mangsa apabila tercampak keluar dari treler seterusnya digilis tayar treler tersebut menyebabkan otaknya bersepai dan maut di tempat kejadian.

#BERITA PENUH

PAGOH – Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam keadaan tragis apabila otaknya bersepai digilis tayar treler yang dipandu bapanya yang terbabas di Batu 10, Jalan Pagoh-Muar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 pagi, Mohd. Afiq Amrin, 5, tercampak keluar dari treler dipandu bapanya selepas kenderaan itu terbalik ketika melalui satu selekoh di situ.

Mangsa yang berada di luar treler itu terus digilis tayar kenderaan itu menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

Treler membawa muatan papan lapis itu dipercayai terbalik selepas hilang kawalan ketika membelok selekoh di tempat kejadian.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Yazid Banain, 44, ibu, Suriyati Abd. Rahman, 30-an, dan kakak mangsa, Nur Damia Batrisya, 6, hanya cedera di beberapa anggota badan. – Kosmo!

Google Catcha!

Kategori: Kemalangan | Maut | Ngeri


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post: