2 August 2012

Anak Pukul Ayah Dengan Kayu Mop Sebab Sebatang Rokok

Seorang anak sanggup memukul ayahnya warga tua dengan kayu mop tanpa belas kasihan hanya kerana sebatang rokok.
Insiden yang berlaku di George Town ini, ayahnya didakwa tidak memberi suspek wang untuk membeli sebatang rokok apabila suspek meminta dari ayahnya.
#ARTIKEL DARI KOSMO!
Seorang pesakit mental mengejutkan sebahagian penghuni flat Bukit Gedung, Bayan Baru di sini apabila pemuda itu bertindak mengamuk dan memukul kedua-dua ibu bapanya menggunakan batang kayu mop Isnin lalu.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, suspek berusia 30-an sebelum itu dipercayai meminta wang daripada bapanya untuk membeli sebatang rokok tetapi permintaannya ditolak.
Suspek yang berang kerana hajatnya tidak ditunaikan tiba-tiba bertindak ganas dengan mencapai batang kayu mop di dalam rumah lalu melibas ke arah muka bapanya yang berumur 60-an.
Bagaimanapun, libasan pertama batang kayu mop tersebut mengenai kepala ibunya yang ketika itu cuba melindungi si suami. Suspek tidak berhenti di situ malah bertubi-tubi menghayun kayu mop tersebut sehingga menyebabkan pasangan warga emas itu cedera.
Bunyi bising daripada jeritan anak beranak itu mengejutkan jiran yang sebahagian besar sedang nyenyak tidur.
Google Catcha!

Kategori: Isu Semasa


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post: