31 July 2012

Ahli Perniagaan Maut Kena Tembak Jarak Dekat Di Kepala & Leher

Seorang lelaki yang merupakan pemilik salah sebuah pusat hiburan di Miri, Sarawak telah mati ditembak dari jarak dekat di bahagian kepala dan leher.
Motif kes bunuh ahli perniagaan di Miri Sarawak ini masih dalam penyiasan pihak Polis. (Gambar Sekadar Hiasan)


#ARTIKEL DARI KOSMO!
Seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di Jalan Bendahara, di sini petang semalam.
Mangsa yang juga pemilik sebuah pusat hiburan di sini, sedang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan balik ke rumahnya apabila ditembak di kepala dan leher dalam kejadian 5.30 petang itu.
Mangsa mati di tempat kejadian.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk kerana lokasi insiden merupakan tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong menjamu selera dan berhibur.
Ketua Polis Miri, Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan. Kejadian tembak itu adalah yang ketiga di negeri ini selepas kejadian pertama pada 11 Januari lepas di Sibu dan kedua di Kuching pada 12 Julai. – BERNAMA
Google Catcha!

Kategori: Isu Semasa


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post: