6 Pelajar Lelaki Sekolah Agama Dicabul, Seorang Lelaki Ditahan

02/08/2012

Enam pelajar lelaki di salah sebuah sekolah agama di Kemaman, Kuala Terengganu membuat laporan polis cuba dicabuli sejak beberapa bulan lalu selepas mengadu kepada guru masing-masing.

Lelaki tersebut merupakan petugas sekolah tersebut yang berusia 29 tahun didakwa cuba memaksa pelajar berkenaan melakukan perbuatan yang tidak bermoral. (Gambar Hiasan)

#BERITA PENUH

Seorang petugas sekolah agama di Kemaman ditahan kerana didakwa cuba mencabul enam pelajar lelaki sekolah itu, sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar Mei hingga Julai lalu, di asrama sekolah berkenaan. Katanya, keenam-enam pelajar itu berusia antara 9 dan 14 tahun.

Petugas berusia 29 tahun itu didakwa cuba memaksa pelajar berkenaan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

“Kerana tidak tahan dengan perbuatan itu pelajar berkenaan mengadu kepada guru sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kemaman kira-kira 10 malam semalam,” katanya di sini, hari ini.

Bertindak atas laporan itu, polis, katanya menahan petugas berkenaan di asrama sekolah sejurus menerima laporan.

Suspek yang berasal dari Kedah itu ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana merangsang kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan terlampau,” katanya. – Bernama

Carian Anda!

Kategori: Agama | Bangang


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Older Post:

Newer Post:



ARTIKEL LAIN YANG MENARIK